NCD dalam insurans kereta yang bermaksud ‘No Claim Discount’ ialah sejenis ganjaran dalam bentuk diskaun yang ditawarkan oleh syarikat insurans untuk pemilik kereta yang tidak membuat sebarang tuntutan dalam tempoh setahun. Sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan, semakin tinggi diskaun yang akan anda dapatkan setiap tahun sehingga maksimum 55%. Peranan NCD adalah untuk mengurangkan premium insurans yang pemilik kereta perlu membayar untuk setiap tahun. Oleh demikian, dengan adanya NCD, pemilik kereta boleh membayar insurans dengan harga yang rendah.
NCD adalah diberi secara automatik semasa anda memperbaharui polisi insurans kereta anda. Untuk mendapatkan diskaun NCD, anda perlu memenuhi syarat satu tahun tanpa tuntutan. Ini bermaksud, jika anda membeli polisi insurans kenderaan untuk pertama kalinya, polisi tersebut tidak akan dapat NCD. Anda cuma akan menikmati diskaun sebanyak 25% semasa anda memperbaharui polisi itu setelah tahun pertama.
Seterusnya, jika anda terus tidak membuat sebarang tuntutan untuk tahun kedua (iaitu dua tahun tanpa tuntutan) maka diskaun anda akan meningkat ke 30% semasa pembaharuan polisi untuk tahun ketiga. NCD ini akan meningkat setiap tahun sehingga tahun keenam di mana NCD akan mencapai 55% dan kadar NCD ini akan kekal di 55% untuk tahun yang berturut-turutnya.
Kadar NCD untuk Private Car
Tahun Pertama 0%
Tahun Kedua 25%
Tahun Ketiga 30%
Tahun Keempat 38.33%
Tahun Kelima 45%
Tahun Keenam dan ke atas 55%
Boleh. Terdapat tiga cara di mana anda boleh memindahkan NCD anda ke kereta anda yang lain.
Cancellation of policy: Apabila anda menjual kereta anda dan kemudiannya membeli yang baru, anda boleh menamatkan polisi kereta lama anda dan menggunakan NCD dari kereta lama tersebut di kereta baru anda.
Polisi kereta lama sudah tamat: Sekiranya anda telah menjual kereta lama anda untuk seketika dan polisi tersebut sudah tamat tempohnya, anda boleh terus menggunakan NCD tersebut untuk kereta baru anda.
NCD withdrawal: Sekiranya anda tidak menjual kereta lama dan membeli kereta baru, anda pun masih boleh pindahkan NCD anda dari kereta lama ke kereta baru anda. Contohnya, kereta lama anda mempunyai NCD sebanyak 55% dan anda membuat keputusan untuk memindahkannya ke kereta baru. Syarikat insurans kereta lama akan membuat NCD withdrawal dari polisi kereta lama anda. Selepas itu, NCD 55% tersebut boleh digunakan di kereta baru anda dan NCD kereta lama anda akan kembali ke 0%. Oleh sebab NCD kereta lama sudah tiada, anda perlu membayar bakinya. Biasanya, jika kereta baru yang anda beli harga insuransnya adalah lebih tinggi dari harga insurans kereta lama sebelum NCD, anda digalakkan untuk pindahkan NCD ke kereta baru kerana lebih berjimat.
Sekiranya anda telah menjual kereta anda dan tidak membeli kereta yang baru, maka NCD anda akan dibiarkan sahaja. Setiap tahap NCD boleh bertahan selama satu tahun sahaja. Ini bermaksud, kalau anda mempunyai NCD sebanyak 55% semasa anda menjual kereta anda, setelah mencapai satu tahun dan NCD anda masih tidak digunakan di atas mana-mana polisi kereta, NCD 55% tersebut akan turun setahap ke 45% dan seterusnya setiap tahun sehingga 0%.